Minyak Pati/atsiri dari tanaman dapat dihasilkan dari batang dan daun misalnya serai wangi, pudina, jagung; dari akar misalnya akar wangi daun Sirih dan dari buah misalnya pala.
Minyak atsiri pada umumnya diektraksi dengan 4 kaedah, iaitu kaedah penyulingan, tekanan/mampatan, ekstraksi dengan pelarut menguap dan ekstraksi dengan lemak padat. Untuk minyak atsiri yang berasal dari daun, akar dan kuli batang baik diekstraksi dengan cara penyulingan (distillation). Kaedah penyulingan dapat dilakukan dengan tiga sistem penyulingan iaitu dengan penyulingan air (water distillation), penyulingan dengan air dan wap (water and steam distillation) dan penyulingan dengan wap (steam distillation)
Penyulingan dengan wap air dinilai cukup baik, kerana hanya memerlukan peralatan sederhana, kos pembuatannya cukup rendah dan dapat dipergunakan secara luas untuk mengektraksi minyak daun Sirih, bunga cengkeh, akar wangi, daun pudina,lintah, daun serai, pokok jagung, buah pala serta daun pala.
Minyak pati biasanya digunakan di dalam industri wangian dan kosmetik terutama bagi penghasilan minyak wangi, penyegar udara, bahan cucian dan mandian, aromaterapi, minyak urut, balm dan sebagainya. Minyak pati juga berguna di dalam industri makanan sebagai bahan perisa dan bauan seperti minyak pudina di dalam gula-gula, minyak cengkih dan kayu manis di dalam minuman ringan. Selain itu, minyak pati digunakan dalam pengeluaran bahan kawalan serangga, antiseptik, anti kulat (fungal) dan pelbagai aplikasi dalam industri perubatan.
Sila HUBUNGI 0133912181 Untuk Tempahan